SEREMBAN: Seorang penganggur didenda RM10,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mempamerkan lima salinan langganan karya filem cetak rompak melalui aplikasi Telegram, pada Mac tahun lepas.
Hakim Diana Md Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Fairuzaman Ahmad Bolia, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Taman Desa Melor di sini, pada kira-kira pukul 10 malam, 18 Mac 2021.
Lelaki itu didakwa mempamerkan kepada awam lima salinan langganan karya filem kesemua hak cipta Astro bagi tujuan dagangan melalui Telegram Ahmad Faibers, mengikut Seksyen 41 (1) (e) Akta Hak Cipta 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 41(1)(i) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan atau kedua-duanya.
Lelaki itu kemudian membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azmil Aspara manakala Ahmad Fairuzaman tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022
Seorang penganggur didenda RM10,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini kerana mempamerkan lima salinan langganan karya filem cetak rompak melalui aplikasi Telegram, pada Mac tahun lepas.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Penganggur didenda RM10,000 pamer lima filem cetak rompak
Tertuduh didakwa mempamerkan kepada awam lima salinan langganan karya filem kesemua hak cipta Astro bagi tujuan dagangan melalui Telegram.